Teknik Serdev: Rahsia Jadikan Penampilan Jauh Lebih Muda Dari Usia Sebenar! (Kini Di Kuantan)

Kini terdapat di Marissa Aesthetic Kuantan!

AS SEEN ON NONA (TV3) - Skrol hingga akhir untuk sedutan video rancangan Nona.

Gambar: Teknik Serdev

APA ITU TEKNIK SERDEV?

Teknik Serdev dicipta oleh seorang pakar berbangsa Bulgaria bernama Dr Nicholay Serdev. Teknik ini menggunakan benang khas (juga dipanggil benang kolagen) bagi mengangkat wajah. Hasilnya wajah akan menjadi lebih tegang dan tampak jauh lebih muda dari usia asal seseorang. Dengan teknik Serdev ini seseorang tidak perlu tinggal di hospital dan menjalani pembedahan yang meninggalkan parut kerana ia mengangkat wajah dengan teknik khas melalui lubang yang sangat kecil.


BILAKAH NAMPAK KESANNYA?

Kesan teknik serdev dapat dilihat dengan serta merta dan hasilnya bertahan sehingga sepuluh tahun. Doktor terlatih Marissa mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk melakukan rawatan teknik Serdev ini. Berbeza dengan rawatan lain, teknik Serdev ini tidak menyakitkan.

Ia tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak memerlukan pembedahan. Hasilnya amat memuaskan, Ia boleh digunakan untuk mengangkat kening, pipi dan juga menegangkan kawasan rahang. Rawatan ini juga dicipta untuk mengurangkan kenduran di wajah dan bahagian-bahagian badan yang menggeleber.
Gambar: Sebelum & Selepas Rawatan Teknik Serdev



TEKNOLOGI KECANTIKAN TERKINI

Selain itu, teknik Serdev juga digunakan untuk membantu memperkecil dan membentuk anggota yang dikehendaki. Selepas melakukan rawatan ini, pelanggan akan mendapatkan wajah yang tegang dan mantap tanpa perlu tinggal lama di wad. Mengambil masa selama sepuluh minit hingga setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan tidak akan berasa sakit. Kaedah kecantikan terkini ini sangat ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum. Mungkin bagi anda ia pelik kerana kebiasaannya prosedur ini digunakan untuk menjahit butang baju. Tidak perlu khuatir kerana teknik ini dijamin selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan. Produk yang digunakan juga halal kerana ia berasaskan tumbuh tumbuhan.

Tips: Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk melakukan rawatan kecantikan, anda boleh mencuba rawatan ini yang sangat ringkas. Rawatan yang hanya beberapa minit ini membuatkan wajah anda tegang tanpa disedari oleh orang lain.


SIAPA YANG PERLUKAN?

Rawatan ini dapat membantu wanita yang berhadapan masalah apabila usia meningkat dan kulit wajah yang mula jatuh, mengendur, menggeleber dan berkedut. Kebiasaannya, wajah kendur disebabkan lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal jatuh. Dengan kaedah ini, ia menganjalkan kulit di bahagian kening (atas telinga) yang dipanggil temporal akan ditanda titik berbentuk empat segi. Kemudian jarum yang disangkutkan benang akan dicucuk kepada keempat-empat tanda titik itu.


RINGKASAN PROSEDUR

Benang yang tertinggal di dalam kulit (galeal), hujungnya yang terkeluar akan ditarik 45 darjah kemudian diikat. Kaedah yang sama akan dilakukan kepada bahagian kening di sebelah lagi. Hasil tarikan 45 darjah itu akan mengangkat kulit wajah dan galeal sehingga menjadikan wajah lebih tegang, menaik dan menirus di bahagian dagu. Jarum benang tidak akan kelihatan apabila bahagian hujung yang diikat akan digunting. Benang akan tertarik ke dalam dan menyerap ke dalam kulit dalam tempoh dua minggu serta kekal di dalamnya.

Gambar: Sebelum & Selepas Rawatan Teknik Serdev

APLIKASI TEKNIK SERDEV

Rawatan ini amat berkesan digunakan untuk:
  • menaikkan punggung, 
  • membentuk bibir, 
  • meruncing dagu, 
  • merawat dagu terbelah, 
  • membuat lesung pipit, 
  • menaikkan payu dara, 
  • menaik dan mengecilkan hidung, 
  • menaikkan pipi, 
  • menegangkan leher 
  • dan sebagainya 

Keistimewaan kaedah ini ialah benang yang digunakan mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin C, kolagen dan fiber.

Gambar: Dr Rushmini Maris Ismail

Orang ramai yang ingin mendapatkan teknik Serdev dinasihatkan berjumpa dengan doktor kecantikan yang bertauliah seperti Dr Rushmini Maris Ismail. Beliau merupakan:

– Doktor Pakar Antiageing
– Mempunyai Klinik Antiageing
– Mempunyai Spa Antiageing (Marissa Aestetic) > 7 cawangan di seluruh Malaysia

Sedutan video Teknik Rawatan Serdev bersama Dr Rushmini di rancangan Nona (TV3):




Jangan berlengah lagi. Hilangkan kerisauan anda sekarang. Dapatkan konsultansi percuma dengan menekan link di bawah:


Cepat! Tawaran konsultansi percuma ini adalah terhad. Klik link di atas sekarang sebelum tawaran ditutup.

https://docs.google.com/forms/d/1rF6hZO0Tmbl4_5VfduMEhVm3G2QDWpIs-5mHLXSuJ0w/viewform


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JOM SIHAT BERSAMA PRODUK TERBAIK DARI MARISSA 🙆🏻 🙆🏻 🙆🏻 🙆🏻 🙆🏻

RAWATAN SERDEV