REPAIR VAGINA



REPAIR VAGINA

Doc boleh ke seorang wanita tu memperbaiki vaginanya agar kembali seperti anak dara?“ saya sering ditanya soalan sebegini oleh para isteri yang mahu memperbaiki diri masing-masing. Sejak turun-temurun lagi, sebaik sahaja bersalin pelbagai petua dan ubat-ubatan akan diberikan kepada si ibu. Terdapat juga jenis ubat sapuan yang disapu pada perut dan vagina bagi menjamin kesejahteraan si ibu dan kerukunan rumahtangga kekal sepanjang hayat. Seorang sahabat saya, yang sering berulang alik ke Indonesia sering mendapat bekalan ubat-ubatan dari sana. Menurutnya jamu yang dibeli di sana sangat mujarab. Sejak menggunakan jamu tersebut, suaminya sangat berpuas hati . “Dulu I tak ada mood saja.” Katanya, “tetapi sejak menggunakan jamu ini saya lebih bertenaga” sambungnya. Ternyata penjagaan wanita bukan hanya proses luaran sahaja yang dititikberatkan namun penjagaan dalaman sering menjadi keutamaan juga.
Saya masih teringat sewaktu saya melahirkan anak yang pertama, kakak ipar saya datang dari Kuala Pilah dengan membawa segenggam ubat akar kayu yang di rebus dan menyuruh minum. Walaupun adik iparnya seorang doctor hospital, namun kakak ipar saya tetap mahukan saya mengamalkan resepi tradisinya. Saya akur dengan permintaannya dan ternyata saya mendapat manafaat dari resepi tersebut. Wanita hari ini bekerja dan semakin berdikari. Keletihan dan kelelahan jelas terpancar pada wajah mereka. Bila pulang ke rumah pula tekanan sewaktu bekerja terbawa-bawa sehingga ke rumah. Oleh itu, mereka menjadi tidak berminat untuk melayan suami di kamar. Kajian menunjukkan faktor tekanan perasaan, pemakanan yang tidak seimbang, penggunaan racun serangga yang berleluasa membuatkan hormone semulajadi yang terdapat dalam badan kita menjadi berkurangan. Bila hormone merosot selera seks berkurangan dan badan menjadi lemah.
Di zaman moden ini, banyak perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan. Seseorang boleh meningkatkan semula paras hormone dalam badannya dengan mengambil supplement mengandungi hormone. Bioidentical hormone yang di formulasikan dari protein soya membantu meningkatkan tenaga dan menenangkan jiwa seseorang. Bila saya menyebut mengenai ketenangan jiwa saya maksudkan fikiran yang lapang, hati yang terbuka dan kebolehan menyelesaikan masalah dengan rasional. 
Pada zaman dahulu pelbagai akar kayu dan jamu diminum bagi mengetatkan vagina. Tetapi pada zaman moden ini, terdapat teknik dan teknologi laser terkini yang mampu digunakan bagi membolehkan proses mengetatkan vagina dibuat. 
Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti bengkel di sebuah klinik pakar terkemuka. Biasanya, bengkel seumpama ini hanya dibuat di negara seperti di Paris, Germany atau Itali. Seringkali juga saya mengikutinya meskipun terpaksa membayar yuran yang mahal untuk ke sana. Kali ini bengkel diadakan di Kuala Lumpur sahaja. Pakar yang di jemput pula merupakan salah seorang pakar favourite saya iaitu Profesor Nicola Zibernati yang merupakan salah seorang pakar bedah plastic yang terkenal di dunia. Sentuhannya amat di minati oleh artis-artis Hollywood. Topik yang di bincagkan kali ini ialah mengenai vaginal rejevunation iaitu memudakan dan menganjalkan semula vagina. Saya bernasib baik kerana tidak perlu berjalan jauh kali ini bagi mengikuti kursus seumpama ini.
Kaedah menganjalkan vagina dengan menggunakan teknologi laser telah lama diperkatakan, dan sehebat mana keanjalan yang boleh dicapai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang gunakan. Saya tertarik dengan teknik beliau yang menggunakan kuasa rendah dan langsung tidak menyakitkan namun mempu memberi kesan yang sama dengan cara kuasa tinggi yang kuat dan sering mengundang kesakitan. Dengan kuasa rendah kita akan berasa sangat selesa. Aktiviti harian dapat di lakukan serta merta dan hanya perlu mengelakkan hubungan seks selama 3 hari sahaja selepas rawatan. Selepas tiga hari kita akan pulih sepenuhnya. 
Teknik laser memerlukan tiga kali rawatan yang diulangi sebulan sekali untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Ia bukan saja meningkatkan elasticity pada vagina tetapi membuatkan warna kulit sekitarnya menjadi kemerahan dan tidak gelap lagi. Dengan kata lain warna sekitar vagina tampak cantik dan menarik. Apabila usia meningkat dan setelah melahirkan anak kesan regangan terhadap dinding vagina menyebabkan tisu-sisu elastiknya hilang. Vagina menjadi kendur, kurang elastic dan warnanya sekitarnya menjadi gelap. Pengaruh hormone juga menjadikan keadaan ini lebih teruk dengan pengumpulan pigmen disitu.
Apabila laser dipancarkan, warna sekitarnya berubah menjadi cerah semula. Menurut pakar dari Itali itu, selain kecantikan otot, dinding vagina juga menjadi lebih kuat dan tidak mudah mengalami masalah kelonggaran. Nikmat hubungan seks juga meningkat selepas rawatan seumpama ini. Saya dapati rawatannya mudah dan tidak pula mengambil masa yang lama.



Saya ada terbaca mengenai pakar bedah plastik yang menjahit semula selaput dara kepada wanita. Selaput itu di bina dari kulit tipis pada vagina namun kaedahnya rumit dan tidak semudah laser ini. Mungkin pada suatu masa nanti kaedah in akan menjadi pilihan wanita yang inginkan kesejahteraan rumah tanggannya.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Jeragat Di Marissa Aesthetic

RAWATAN SERDEV