Nutrisi Untuk Rambut



Hi kesayangan Marissa, πŸ’˜πŸ’•
Selamat tengah hari πŸ˜ƒ

Ingin memiliki rambut lebat dan subur ? Selain rawatan luaran, pemakanan juga penting untuk rambut. Kunci dari rambut yang subur adalah kulit kepala yang sihat, serta akar dan helaian rambut yang kuat. Untuk mendapatkannya, kita harus memenuhi kebutuhan nutrisi rambut.

Vitamin dan pelbagai manfaat terkandung di dalam buah-buahan mampu membuatkan rambut kembali cantik, berkilau dan segar. Antara-antara nutrisi yang kita perlukan iailah :-

πŸ’šVitamin A
Vitamin A yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah sera pisang membantu memulihkan masalah rambut gugur. Tomato turut mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Vitamin A diperlukan, untuk pertubuhan sel dan menghasilkan sebum yang yang bertugas untuk mencegah kekeringan kulit kepala.

πŸ’šVitamin C
Vitamin C dapat membantu memperkuat dan membantu pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu tubuh memproduksi kolagen yang penting untuk kesihatan rambut, kulit, dan kuku. Selain itu, antioksidan vitamin C mampu melawan radikal bebas yang dapat merosakkan rambut dari luar. Di sini, ada beberapa jenis makanan yang tinggi vitamin C, antaranya ialah jeruk, brokoli, kubis, buah betik, buah strawberi, buah kiwi dan sebaginya.

πŸ’š Vitamin B3 (Niacin)
 Niacin juga membantu menyehatkan kulit kepala, menghasilkan pertumbuhan rambut yang sehat. Tanpa niacin, rambut jadi rapuh. Makanan yang mengandung niacin termasuk kalkun, dada ayam, tuna, jamur, dan alpukat.

πŸ’šZat Besi
Amat penting untuk membekalkan oksigen secukupnya pada rambut. Kekurangan zat besi akan membuatkan helaian rambut dan akar rambut kekurangan oksigen.

πŸ’šZink
Diperlukan untuk mencegah rambut gugur dan menghasilkan protein untuk rambut.

Walaupun kita bertudung mahupun tidak, tetapi penjagaan rambut amatlah penting bagi memastikan perapian rambut termasuk diri dijaga dengan baik dan sempurna.




Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Jeragat Di Marissa Aesthetic

Senaman Regangan Sebelum Tidur