5 Jenis Jerawat : Kenali Dan Atasi Masalah Jerawat

ü Akne atau jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dihadapi oleh semua peringkat umur. Walaupun tumbuh dalam pelbagai bentuk namun semuanya bermula dari cara yang sama iaitu dari folikel yang tersumbat. Akne mula berlaku antara 2 hingga 3 minggu sebelum keradangan timbul di muka. Kebiasaannya pembentukan akne disebabkan oleh masalah hormone dalam badan, penghasilan minyak pada kulit, perubahan folikel, jangkitan bakteria dan preskripsi ubat yang tertentu.

5 JENIS JERAWAT
1)    BINTIK PUTIH
·         Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. Keradangan akne berlaku apabila bintik putih dijangkiti oleh bakteria dan menyebabkan ianya membengkak.

2)    BINTIK HITAM
·         Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit.

3)    PAPULES
·         Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

4)    PUSTULES
·         Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitif. Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. Nanah yang terkumpul di dalam akne ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

5)    CYSTS
·         Cysts adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik dan sangat sakit. Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.



ü Bagi memperolehi kulit cantik, langkah pencucian dan melembap adalah amat penting. Pilihan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit amat penting supaya ia tidak akan menyebabkan liang roma tersumbat. Tanpa penjagaan yang yang baik boleh mengakibatkan jangkitan mikro yang akhirnya akan bertukar menjadi akne. Bagi anda yang mengalami masalah akne seharusnya menggunakan pelembap yang berbentuk gel atau losyen atau krim yang ringan kerana pelembap jenis ini adalah lebih mudah meresap dan tidak akan membuatkan liang tersumbat.

TIP KECANTIKAN

(1) Pastikan anda menggunakan tuala muka yang bersih setiap kali anda mencuci muka bagi mengelakkan pertumbuhan bacteria pada kain yang lembap.

(2) Jika jerawat anda lebih tertumpu pada bahagian dagu dan rahang, telefon anda mungkin puncanya. Bersihkan gagang telefon dengan alcohol atau hydrogen peroxide.

(3) Manjakan wajah sekurang-kurangnya 2-3 minggu sekali dengan melakukan rawatan di salun-salun kecantikan.

(4) Gunakan pencuci muka yang ringan dan yang tidak meninggalkan sisa pada kulit.

(5) Jangan selalu menyentuh wajah anda kerana ini boleh menyebarkan bakteria di muka anda dan menyebabkan akne.

Informasi lanjut berkaitan Jerawat @


Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03-55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 013-244 8484 / 012-608 0159
Kelantan : 097882304 / 013 388 0987
WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Jeragat Di Marissa Aesthetic

Senaman Regangan Sebelum Tidur