Teknik Serdev Mencantikkan Wajah Dalam Masa Singkat
Sekian banyak teknik rawatan kecantikan diperkenalkan di
negara ini bagi memberi pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mendapatkan
tubuh atau wajah yang sempurna.Usaha-usaha mendapatkan wajah atau tubuh yang diingini tidak
pernah terhenti, apatah lagi formula dan kaedah yang diperkenalkan di
pusat-pusat kecantikan semakin canggih dan terkini.
Baru dua tahun diperkenalkan di negara ini, teknik rawatan
Serdev khusus dicipta bagi mereka yang mahukan wajah dan bahagian-bahagian
badan yang kendur kelihatan tegang dan mantap.
Ia juga berfungsi untuk memperkecil dan membentuk anggota
yang dikehendaki.
Uniknya, kaedah rawatan Serdev tidak memerlukan masa yang
panjang untuk mendapatkan wajah yang cantik dan kelihatan muda sebagaimana yang
diingini dan tidak perlu tinggal lama di wad misalnya.
Dengan hanya mengambil masa selama sepuluh minit hingga
setengah jam (bergantung bahagian anggota badan), pelanggan yang mendapatkan kaedah
itu tidak akan merasa sebarang kesakitan dan tidak akan menganggu masa harian
mereka.Kaedah teknik kecantikan yang paling terkini ini sangat
ringkas kerana hanya menggunakan benang dan jarum - prosedur yang dilakukan
sebagaimana kita menjahit butang baju.
Ia juga selamat, berkualiti, berkesan, tiada kesan
sampingan, tidak kelihatan kesan teknik berkenaan dan produk yang digunakan
juga halal kerana ia berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Teknik ini sangat ringkas, sehinggakan anda boleh melakukan
rawatan ini ketika anda keluar rehat untuk makan tengah hari.Apabila anda balik semula ke pejabat, wajah anda akan
menjadi begitu berbeza, namun orang tidak akan tahu apa yang membuatkan anda
kelihatan lebih jelita sekiranya anda tidak memberitahunya,” katanya bergurau.
Wajah yang mengendur bukan disebabkan oleh kulit wajah, ia
diakibatkan oleh lapisan bawah kulit yang dipanggil galeal menjadi kendur dan
jatuh dan mengakibatkan wajah kelihatan kendur dan kulit tidak menegang.
Teknik ini juga selamat kerana ia tidak akan menganggu urat
saraf berhampiran dengan kulit kerana setiap tempat yang ingin dimasukkan
benang itu dipastikan terlebih dahulu tidak berbahaya.
Kaedah memasukkan benang itu dilakukan dalam keadaan
nyahkuman. Benang itu sendiri mengandungi probiotik, vitamin-vitamin, vitamin
C, kolagen dan fiber.
Selain wajah, rawatan
ini boleh digunakan untuk menaikkan punggung, membentuk bibir, meruncing dagu,
dagu terbelah, membuat lesung pipit, menaikkan payu dara, menaik dan
mengecilkan hidung, menaikkan pipi, menegangkan leher dan sebagainya.Apabila ditanya kenapa ada wajah seseorang itu tampak lebih
tua daripada usia sebenar, menurutnya ia bergantung kepada bentuk kehidupan
yang diharungi, cara hidup dan faktor genetik.
Ada orang nampak muda bergantung kepada hormon dan genetik
iaitu berapa jumlah kolagen dan fiber terkandung dalam wajah seseorang itu.
Comments
Post a Comment